Baca juga

Quality Week Lunch & Learn? More Like Lunch & Lost kot, Aku Banyak Tak Dapat Jawab Dalam Game Jeopardy

Quality Week Lunch & Learn? More Like Lunch & Lost kot, Aku Banyak Tak Dapat Jawab Dalam Game Jeopardy

Minggu ni tempat kerja aku sambut Quality Week. Biasanya Quality Week ni penuh dengan email masuk bertubi-tubi, penuh dengan info pasal SOP la, tips quality la, pengumuman aktiviti sana sini. Pendek kata inbox tu memang tak sempat berehat. Tapi tahun ni lain sikit. Ada segmen Lunch & Learn, dan dalam sesi tu… tadaaa! Kami main Jeopardy Game ala-ala rancangan TV popular tu.

On-Call Team

Dalam game ni, ada 6 group, setiap group 5 orang. Nama group aku ON-CALL. Nama pun ON-CALL, ingatkan boleh la “on point” menjawab. Sekali… hmm… uppercut betul. Kami habis game dengan markah -200. Ulang suaraaaa.. NEGATIFFFFFFF Ya, kau tak salah baca. Negatif dua ratus. Siap ada tanda tolak depan nombor tu.

Carilah markah ON-CALL yang negative tu

Tiap kali salah, sistem terus bagi tolak markah kami. Sengih pun jadi tawar lesu. Tapi nak buat macam mana, itu la aturan Jeopardy game ni. Bila salah, memang kena tolak markah. Dan kami… banyak la salahnya. Hahaha.

Baca juga - BASF Petronas Event - Digital Discovery Roadshow: Level Up Your Digital Skill!

Yang lagi kelakar (dan menyedihkan sikit), banyak soalan quality yang sebenarnya hari-hari aku buat dalam lab, tapi bila adrenaline datang, terus BLANK macam... "Ehhh, ko buat ape ni?? Ko tak sekolah keeee?? Hahahah"

ON-CALL team

Serius, masa 30 saat untuk menjawab tu rasa macam 3 saat je. Mula la datang rasa was-was, jantung pun berdegup laju, otak terus buat hal. Lepas game tu sempat la aku termenung sekejap, “Eh… aku ni layak ke duduk department quality ni? Atau kena tukar department lain ni?” Hahaha.

Yang pegang handphone tu busy cari jawapan yang tak jumpa-jumpa ke tu?

Tapi deep down aku tahu yang aku kena banyak belajar lagi. Knowledge quality ni luas dan tak boleh harap pengalaman harian semata-mata. Game pun jadi wake-up call la sikit.

Walaupun kalah… Hamper tetap kitorang punya. Walaupun group aku dapat nombor 4 (bukan nombor 4 dari belakang… tapi dari 6 group je pun, dan markah pun negative, yang penting kami balik dengan hamper besar.

Boleh la hamper buar ghaso-ghaso

Ha, nampak kan? Rezeki itu luas. Walaupun kalah, semangat tetap menang. Hahaha.

Quality Week = Fun + Awareness

Sepanjang minggu ni, memang meriah dengan pelbagai aktiviti. Semua staff dapat email berinformasi tentang quality yang bertujuan untuk tambah awareness, refresh knowledge dan bagi reminder bahawa quality ni tanggungjawab semua orang. Bukan team QC je.

Anyhow, walaupun Jeopardy tu buat aku rasa macam kena ulang sekolah balik, tapi honestly, best la. Aktiviti yang fun tapi penuh pengajaran. Tahun depan kalau ada lagi, confirm aku akan lebih bersedia (dan harap-harap markah tak ada tanda “minus” lagi). Insyallah...

Enjoy...!!!

Malam Color Block SHQ BASF Petronas Chemical di Swiss-Belhotel Kuantan

Malam Color Block SHQ BASF Petronas Chemical di Swiss-Belhotel Kuantan

Kalau nak cerita pasal malam paling havoc tahun ni, confirm jatuh kepada Annual Dinner SHQ BASF Petronas Chemical yang diadakan kat Swiss-Belhotel Kuantan. Tahun ni temanya Color Block! Semua datang dengan baju warna terang-terang, dah macam pesta cat tumpah, tapi dalam versi bergaya.

Aku dengan anak aku? Kita pilih versi lembut soft pink dengan soft blue je wakkk. Orang kata selamat. Tak la terlalu menonjol, tapi tetap manis dan matching. Gitewww.

Matching tak kitorang??

Masuk je dewan, terus terasa suasana meriah. Lampu, warna baju, backdrop dan semua hidup! Ada yang datang siap gabung warna pelik-pelik tapi masih nampak stylo. Memang tak dinafikan, geng-geng SHQ ni kalau bab tema, memang tak main-main! Sebelum ni dinner kitorang last two years pon masing-masing tema arabian night pun on point yaaaaaa.

Baca juga - BPC SHQ Dinner 2023: Malam Penuh Warna dan Kenangan

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh aku sendiri. Haa, part ni paling berdebar. Tapi alhamdulillah, semua lancar. Lepas tu diteruskan dengan ucapan Mr. Eddy (Senior Manager) dan En. Amir (General Manager).

Sedang mencuba membaca doa

Apa la yang seronok sangat tu. Hahahha

Macam-macam gaya pakain ade

Dan bila MC umum je “Majlis jamuan makan bermulaaa…” Rasa macam semua terus hilang gaya formal. Kita serbuuuuu...!!!

Menu malam tu boleh tahan! Yang paling jadi rebutan kambing dengan sos lada hitam! Selain tu ada pastri, buah-buahan, dan pelbagai lauk lain yang memang memikat perut dan hati. Standard hotel, tapi tahap lapar malam tu buat semua rasa heavenly.

Sambil makan, kita ada Talent Time! Ada 5 peserta semuanya, dan semua menyanyi. Tak ada aksi akrobatik, tak ada tarian gelek, tapi persembahan mereka simple, steady dan menghiburkan. Yang paling best, hadiah dia berbaloi!



Kat satu sudut dewan, photobooth jadi tumpuan utama. Tak pernah kosong! Orang beratur nak posing, ada yang datang dengan gaya romantik, ada yang buat muka “mysterious”, ada juga yang nampak macam sesi interview MyKad tapi tetap comel sebab tema dia berwarna.




Budak-budak pulak paling seronok dengan abang badut comel yang bagi belon pelbagai bentuk. Dari bentuk bunga sampai la pedang. Suasana riuh rendah tapi penuh gelak tawa. Memang betul-betul family vibes!

Sampai ke cabutan bertuah, semua fokus. Hadiah-hadiah dia memang best. Ada barangan elektrik, baucar, hamper besar. Aku pun alhamdulillah bertuah dapat hamper! Takpe la, tak dapat TV 32 inci pun, janji ada rezeki balik rumahh.

Gembira sangat tu walaupun hadiah yang ke 18. Alhamdulillah


Takde rezeki nak dapat hadiah barang letrik ni.

Masing-masin ya. Nasib la pentas kecik tu tak roboh. Hahaha

Lepas tu tiba masa Anugerah Best Dress! Ada kategori Anak-anak, Mak Budak, dan Bapak Budak. Yang menang semua memang layak! Ada yang dress up macam masuk pertandingan fashion week, ada yang bawa konsep ala-ala cenderela dengan pakaian blocknya, ada konsep smart, semua nampak berani dan bergaya. Aku? Masih kategori “comel tapi selamat”. Tak menang pun takpe, asal tak lari tema.

Dan bila majlis habis, aku tak tunggu lama. Kitorang terus naik bilik hotel. Nasib baik kami check-in kat situ juga, jadi tak perlu beratur panjang atau hadap jalan balik. Sampai bilik je, anak dah separuh tidur.. Aku pun apa lagi, mandi, rebah, terus flat out!

Esoknya? Haa, masing-masing dah plan nak mandi kolam pula!

Budak-budak bangun awal, siap dengan baju renang warna-warni. Aku yang baru buka mata pun dah kena seru, “Ayah, jom kolam!” Tak sempat la nak sarapan dengan tenang. Tapi takpelah, its kind of reward lepas malam panjang penuh gelak ketawa.

Pendek kata, Dinner SHQ tahun ni meriah, santai, dan penuh kenangan! Tahniah untuk semua committee members yang susun program dari makan, hadiah, photobooth sampai ke vibe, semua on point!

Enjoy...!!!

Breakfast Walk dengan Geng IKM Pahang @ Pantai Batu Penyu, Kuantan

Breakfast Walk dengan Geng IKM Pahang @ Pantai Batu Penyu, Kuantan

Ahad lepas (28 Sept 2025), aku join geng IKM Pahang untuk aktiviti Breakfast Walk kat Pantai Batu Penyu, kuantan. Best weh! Tempat ni memang hidden gem. Ada pantai cantik, hutan ala-ala hiking, sampai batu besar yang jadi mural penyu. Serius memang port lawa untuk beriadah.

Mural penyu Pantai Batu Penyu Kuantan
Gambar wajib depan penyu besar ni

Cuaca pun ngam je pagi tu, tak panas sangat, mungkin sebab malam tu hujan. Jadi bila jalan dalam hutan rasa fresh, udara segar, dengan bunyi ombak sekali. Lepas tu, mendaki sikit kat batu mural penyu tu memang jadi highlight, semua pakat ambil gambar. 

Starting poin kita posing dulu. Kita jak Lyn and family join sekali. Lyn ni geng tempat kerja aku


hiking ringan Kuantan
Baju hijau tu Prof Chong (Pengarah IKM Pahang Branch)

Siapa tak kenal angkat tangan. Hahaha

mural penyu Pantai Batu Penyu
Family photo kat batu

Family photo dengan Lyn

Selain jalan & mendaki, ada juga sesi sharing santai pasal food chemistry daripada Prof Chong, Pengarah IKM Pahang Branch. Topik dia pasal cili. Baru aku tahu dalam cili ada compound capsaicinoids yang boleh jadi agen pengebas, siap digunakan dalam krim sakit urat! Memang mind-blowing lah dapat ilmu baru sambil beriadah.

Sharing bt Prof Chong


capsaicinoids dalam cili
Gigih ya Prof buat slide atas kotak ni. Mantap..!!

Bab makan jangan risau, breakfast disediakan. Nasi lemak ayam berempah yang padu, ada sandwich & buah-buahan sekali. Memang cukup untuk refill tenaga lepas jalan & hiking.

Makan time...!!!

Baca juga - Makan Steamboat Buffet Dinner in the Sky di Menara Kuantan 188 - Priceless Moment

Kesimpulannya, aktiviti ni bukan je sihat & santai, tapi penuh dengan moment best. Dari jalan dalam hutan, mendaki batu mural penyu, belajar pasal cili, sampai menikmati nasi lemak berempah. Terima kasih geng IKM Pahang, memang puas hati join! Next evetn insyallah joini lagi.

Lokasi - Pantai Batu Penyu, Kuantan

Enjoy...!!!

Birthday Dhia Soleha ke-6: Simple Celebration, Big Happiness

Birthday Dhia Soleha ke-6: Simple Celebration, Big Happiness

Sudah tentu jadi satu kenangan manis bila kami sambut ulang tahun ke-6 anak bongsu, Dhia Soleha, di Secret Recipe. Sambutan simple tapi penuh gelak tawa.

Macam biasa, kek jadi perkara wajib. Kami tak beli sebiji penuh, cukup 2 slice je. Chocolate Indulgence dan Red Velvet. Dah cukup untuk moment dan vibe birthday tu siap dengan nyanyian lagu birthday.

Tapi... Yang kelakar, masa nak nyanyi tu semua segan. Jadi kami nyanyi bisik-bisik je, malu nak kuat-kuat dalam restoran. Hahaha! Tapi Soleha tetap seronok, senyum sampai telinga. Balik dalam kereta baru nyanyi kuat-kuat puas-puas, lengkap dengan tepuk tangan sekali.


Menu malam tu pun simple-simple je. Chicken chop, satu set nasi, lasagna, dan bread mushroom soup. Walaupun ringkas, semua pun enjoy dan kenyang.

Baca juga - 4 April - Antara Syukur dan Rindu yang Tak Pernah Padam

Alhamdulillah, sambutan kecil ni dah cukup buat Soleha happy. Semoga Soleha terus membesar dengan sihat, jadi anak solehah, dan sentiasa bahagiakan hati kami sekeluarga. Amin

Happy 6th Birthday, sayang!

Enjoy...!!!

First Time Bagi Training SQC kat Orang, Lain Macam Rasa Dia

First Time Bagi Training SQC kat Orang, Lain Macam Rasa Dia

Selama ni aku join training, kita jadi pendengar je. Tapi kali ni lain sikit. Aku diberi peluang untuk stand depan dan bagi formal training tentang Statistical Quality Control (SQC) kepada team lab aku sendiri.

First time wei! Memang lain rasa dia bila kau yang kena explain, bukan sekadar dengar. Nervous tu jangan cakaplah, tapi dalam masa sama ada satu rasa seronok sebab dapat kongsi benda yang aku belajar selama ni.

Apa yang aku nampak, training ni bukan sekadar aku ajar team aku. Sebenarnya aku pun belajar banyak benda. Bila nak ajar orang lain, kita sendiri kena faham betul-betul konsep dia. Dari situ aku sedar bahawa proses teaching is also learning.


Alhamdulillah, feedback dari team pun positif. Ada yang kata baru nampak clear macam mana nak guna SQC untuk kerja harian kat lab. Itu buat aku lagi puas hati sebab at least ada manfaat yang diorang dapat.

Baca juga - "Persuasive Communication" - Training Chill-chill, Tapi Banyak Benda Aku Dapat!

Hopefully, ini jadi permulaan untuk aku terus asah skill bagi training, sebab aku rasa ini antara benda penting untuk grow dalam kerjaya.

Wish me luck..!!! Enjoy...!!

SQC, Statistical Quality Control, Training Lab, Pengalaman Pertama Training,

Congratz Fattah Amin & Amira Othman! Dari Lagu Rasa & Takdir ke Alam Perkahwinan Sebenar

Congratz Fattah Amin & Amira Othman! Dari Lagu Rasa & Takdir ke Alam Perkahwinan Sebenar

Siapa sangka kan? Pasangan yang kita tengok sebagai rakan sekerja, akhirnya jadi rakan serumah dan  pasangan halal dalam dunia nyata. Baru-baru ni kecoh di media sosial pasal perkahwinan Fattah Amin dengan Amira Othman. Aku yang tengok pun macam, wow… this is what we call takdir & rasa level 1000. Tibeeeee. Hahaha

Jujur aku cerita, mula-mula aku memang tak kenal sangat pun siapa Amira Othman. Aku ingatkan dia influencer biasa, atau pelakon ke. Rupa-rupanya, dia ni penyanyi weh! Ex-Akademi Fantasia (AF) rupanya. Bila aku check balik, banyak jugak lagu dia sebenarnya. Cuma aku je yang slowpoke, tak aware. Tapi bila aku dengar balik lagu-lagu dia, terus rasa macam… “okey, dia memang penyanyi sebenar.” Like finally Fatah kahwin dengan penyanyi sebenar (bak kata nurtizen). Hehehe

Lagi satu part kelakar, bini aku memang follow drama Dia Bukan Syurga dari awal sampai habis. Aku pun kadang-kadang join tengok sekali. Tapi sumpah, aku tak perasan langsung yang OST drama tu, lagu “Dalam Sujudku”, sebenarnya nyanyian Amira Othman. Bila aku tahu, aku macam… “eh, patutlah sedap betul OST dia. Rupanya Amira punya suara!” Lagu tu pula memang kena betul dengan emosi drama tu yang penuh luka, doa, dan harapan.

Dan paling best, lagu yang betul-betul jadi sebutan sekarang ni ialah “Rasa & Takdir”, duet Amira Othman dengan adik dia sendiri, Irfan Haris. Fuh, lagu ni memang lain macam feel dia. Lirik dia pasal cinta, doa, percaya dengan takdir Tuhan, dan rasa yang tak boleh nak elak. Bila aku dengar balik lagu ni, terus terbayang momen perkahwinan Amira sendiri. Memang macam jadi OST kehidupan dia lah sekarang.

Aku rasa ramai yang boleh relate dengan vibe cerita ni. Kadang-kadang kita sendiri pun tak tahu siapa jodoh kita. Kita plan macam-macam, kita rasa dah jumpa “the one and only”, sekali bukan. Tapi bila sampai masa, Tuhan tunjukkan juga siapa yang sebenarnya ditulis dalam takdir kita. Dan yang bestnya, bila rasa tu hadir, semua benda jadi masuk akal. Itulah namanya “rasa & takdir”.

Baca juga - Andai Tiada Dia - Masih Belum Move On?

Aku rasa lepas ni kalau orang buat wedding playlist, wajib masuk lagu Rasa & Takdir ni. Confirm tetamu menangis sambil makan nasi minyak.

Apa pun, aku doakan semoga rumah tangga Fattah Amin dan Amira Othman ni kekal bahagia sampai syurga. Kisah mereka ni satu reminder untuk kita semua: jangan putus harapan. Takdir tu Tuhan dah susun, rasa tu Tuhan akan bagi. Cepat atau lambat, ia tetap sampai bila tiba waktunya.

Enjoy...!!!

Pool Party & BBQ Family, Antara Aktiviti Best Cuti Balik Kampung

Pool Party & BBQ Family, Antara Aktiviti Best Cuti Balik Kampung

Cuti balik kampung meriah dengan pool party & BBQ family dari tengahari sampai malam. Penuh gelak tawa, makan sedap & kenangan indah bersama. Apa taknya, dah 2 bulan lebih aku tak balik kampung. kali ni balik cuti seminggu aku kat kampung. Selain balik jumpa mak ayah, tapi kali ni semua adik-beradik belah bini aku sepakat untuk buat satu aktiviti gathering. Sekali sekala kan dapat peluang kumpul semua, so kita layan la.

Kitorang siap sewa Supa Do Pa dengan pool sekali. Memang syok! Anak-anak bukan main lagi terjun mandi kolam, mak bapak pun join sekali feeling macam cuti-cuti resort gitu. Padahal kat rumah sendiri je. 

Yang paling highlight tentulah sesi BBQ dari tengahari sampai ke malam. Start je tengahari, ayam perap dah naik atas grill. Lepas tu bersambung dengan kambing bakar, sosej. Berhenti kejap than sambung lagi sampai ke malam. Makan sambil mandi, mandi sambil makan. Memang tak bagi chance langsung perut nak lapar.



Macam biasa, geng-geng ayah ada tugasan tetap iaitu bakar arang & jaga BBQ station. Bab ni memang ada je cerita. Kadang arang buat hal, susah nak hidup api. Terus teringat kisah kat Sugeh Resort hari tu, berpeluh-peluh nak bagi arang menyala. Tapi itulah, bila semua pakat bergelut dengan kipas, kertas, sampai guna tiup mulut pun ada, suasana jadi lagi meriah. Last-last kita pasang kipas kilang pulak. Senang..!! Hahaha

Baca juga - Short Vacation dengan Family Mertua di Sugeh Resort, Janda Baik

Syok kan bila tengok menu seharian hari tu? Ada daging wrap, BBQ ayam, kambing, daging, sosej, kentang putar dan macam-macam lagi. Pendek kata, memang tak sempat langsung nak rasa lapar. Settle je satu hidangan, muncul pulak menu lain. Haha!

Lagi best bila tengok anak-anak sendiri dan anak-anak buah yang lain seronok main air dalam pool. Gelak tawa tak berhenti, masing-masing enjoy dengan dunia kanak-kanak mereka. Sebagai mak ayah, dapat tengok moment tu pun dah cukup buat hati rasa lapang.


Paling best bila semua duduk ramai-ramai sambil borak, gelak, throwback kisah lama. Dengan bunyi anak-anak main air, suasana memang jadi meriah gila.

Kadang-kadang kita tak sedar masa cepat sangat berjalan. Semua sibuk dengan kerja, dengan urusan masing-masing. Jadi bila ada peluang macam ni, dapat kumpul semua sekali memang priceless. Memori yang anak-anak pun boleh kenang sampai besar nanti.

Sekarang ni time entri ni ditulis, aku dah pun balik semula ke Kuantan. Habis dah la cuti seminggu aku. Esok dah start kerja balik macam biasa. Walaupun berat hati nak tinggalkan mood cuti, tapi kenangan balik kampung kali ni memang akan aku simpan lama.

Enjoy...!!!

Alam Ria PASTI 2025 - Its Ok Girl Walau Tak Menang

Alam Ria PASTI 2025 - Its Ok Girl Walau Tak Menang

Dalam hari yang sama, lepas je aku setelkan larian aru kat event Gynae Cancer Awareness Run & Walk 2025 di KOTASAS Kuantan, aku terus tukar gear. Kali ni haluan ke SAR KAFA Al-Makmur, Masjid Taman Balok Makmur untuk program Alam Ria PASTI Kawasan Indera Mahkota 2025. Isteri dan anak-anak aku dah sampai dulu, sebab ada pelbagai pertandingan menarik:

  • Nasyid
  • Kalam Jamaie
  • Pidato
  • Hafazan
  • Bercerita
  • Sajak
  • Azan & Khutbah

Yang paling aku nantikan mestilah pertandingan nasyid, sebab anak aku join sekali. Alhamdulillah, rezeki betul sebab kumpulan anak aku perform paling last. Jadi sempatlah aku habiskan larian, gerak ke Balok, dan tiba tepat pada masanya.


Suasana memang meriah, ibu bapa sporting bagi sokongan, mualimah-mualimah penuh semangat uruskan anak-anak. Bila tengok anak-anak kecil berani naik pentas, nyanyi dan beraksi depan orang ramai, rasa terharu betul.

Yang buat aku tersentuh, aku sendiri tak percaya bila nampak anak aku si Solehah tu berani naik pentas. Sebab kalau ikut perangai dia sehari-hari, memang jenis pendiam dan pemalu bila depan orang. Bila dia boleh berdiri atas pentas, menyanyi nasyid dengan kumpulan dia, itu dah kira satu improvement besar. Sebagai ayah, aku rasa bangga sangat.

Walaupun team nasyid anak aku tak menang apa-apa, aku tetap rasa bangga. Cukuplah sekadar jadi pengalaman berharga untuk dia. Belajar berani berdiri atas pentas, bina keyakinan diri, dan kumpul memori manis zaman kecilnya. Menang kalah tu adat pertandingan, tapi yang lebih penting adalah proses belajar dan mencuba.

Baca juga - Benda-Benda Kecil Tapi Boleh Buat Kau Bahagia

Kadang-kadang hidup ni ibarat marathon kecil kita sendiri. Dari satu acara ke acara lain. Penat memang penat, tapi bila semuanya kerana nak support keluarga, rasa tu jadi berbaloi.

enjoy...!!!

Papaglamz © . Designed by MaisarahSidi.com